Halaman

16 November 2016

College life has began


Tajuk macam nak tulis entri kali dalam bahasa inggeris tapi minta maaf la masih tak ada lagi keyakinan memandangkan keputusan ELC aku tak pernah nak A . Okay dah lewat malam pun tapi nak juga post something untuk kali kedua untuk tahun ni . Almost 12 months menyepi dengan kerja sambilan sambilan sebelum masuk alam asasi dan sekarang dah dapat result sem 1 dan hampir nak masuk semester 2 dah pun 5 hb disember ni . Sebelum aku mula nak bercerita panjang nak ucapkan tahniah pada diri sendiri dan kawan-kawan sebab berjaya habiskan semester satu asasi sains , tesl , engineering dan law . Well done guys and keep it up !

Sekejap sangat masa berlalu , macam dah tak percaya yang diri ni semakin dewasa , berjauhan dengan parents , manage kewangan untuk perbelanjaan harian , mingguan , bulanan . Memang dapat rasa perbezaan tu sebab 374km dari rumah bukan la dekat . Yang penting dah tinggal berjauhan tu jangan la lupa call parents dekat rumah ni . Ingat semua ilmu yang kita nak timba tu lagi berkat kalau dapat keredhaan ayah mak kita . Kalau boleh berusaha la sampai berjaya mencapai cita-cita impian parents kita ( nasihat untuk diri sendiri sama ) . Dalam hidup sapa lagi yang kita nak bahagiakan selain mak ayah kita sekarang - pelajar .

So , aku masuk sikit pengenalan tempat aku study foundation sekarang the only one CFS UiTM , Kampus Dengkil , Selangor . Pada sesiapa yang nak tahu atau belum tahu yang uitm ni ada asasi boleh baca . Dulu asasi uitm ni dekat UiTM Puncak Alam . Mula Disember tahun lepas 2015 , asasi uitm dikhaskan di kampus uitm dengkil . So life kat sini okay la rasa la juga kebebasan tu dari zaman sekolah sebab boleh handphone merata cerok , dalam kelas etc . Jadual best , tambah jadual aku kan hari isnin start pukul 11 pagi - tak pernah lagi okay feeling monday blues sangat . Satu rumah ada tiga bilik , dua bilik air , satu bilik dua orang , jadi jumlah semua ada la enam orang dalam satu rumah . Aku tak rasa homesick teruk sangat sebab roommate aku budak batch sama sekolah menengah atas dan ada lagi sorang bilik sebelah .

Students yang study foundation ni jumlah semua empat ribu lebih la dan majoritinya asasi sains lebih kurang ada tujuh puluh lebih group . Bagi aku tak perlu pun nak beli buku teks except untuk bio dengan physics . Chemistry tu boleh baca lecturers note saja senang paham , paling penting kalau boleh jangan la ponteng kelas . Sehari tak masuk lecture memang yang ketinggalan , memang akan payah untuk nak cover . Ni aku cakap bukan kepada yang gifted yang tu terserah la . Bagi kalau ponteng kelas ni memang tak rasa hormat pada pensyarah dan mak ayah dekat rumah . Jangan ikut kawan yang selalu membudayakan hedonisme dalam kehidupan mereka .

Alhamdulillah , sebenarnya yang membuatkan rasa comfort tu mungkin sebab kawan kawan dari sekolah dapat sambung belajar sama dekat sini termasuklah paan , mirzan , long dan ramai lagi . Walaupun jarang sangat dapat jumpa kalau  hari minggu sebab jadual tak sama tapi still ada waktu makan malam yang akan gather la kejap before balik . Sembang-sembang kosong kekadang selit la sikit pasal lecture , topics yang pensyarah ajar tu . Relaks kan diri ni sikit jangan terlampau stress kan . Kekadang dan selalunya awal semester boleh la hujung minggu tu terjah KL , bila hujung hujung ni semua orang nak buat preparation untuk final exam kan . So, kena limitkan diri untuk lagha

OK I think thats all for this entry and wait for my upcoming post , sayonara !!!

G3 classmates 

G3 beraya ?

Lab-reportmates for all subjects 

last lab semester 1 with dr hannah ( chemistry )

weolz release stress before final exam

trigen x dengkil ( tak semua ada )



G3 gents ( Anas , Syafiq , Armien) ???

jelajah putrajaya sebelum start lecture

Second day MDS , bangunan pentadbiran

end of sem 1 !!!

2 ulasan:

Ain Syahirah berkata...

omaigadd!! What have they done to our green grass?? Dah kering kontang?? hehe rindu UiTM Dengkil..Tak join SMA ke bro?

Amirul Amil berkata...

HAHAHHAHHA tak apply pun SMA :) hujan kurang sebab tu rumput layu kot