Halaman

01 Januari 2016

Sampingan perjalanan 2016




.SELMAT TAHUN BARU GAIS , yay 18 tahun dah umur aku secara tak rasminya . Cepat saja kan masa berlalu , dah habis zaman perskolahan , sudah habis 2015 . Banyak rasanya lalui pelbagai dugaan dan cabaran . Ada yang tewas ada yang berjaya . Lawan dengan nafsu , dengan kemalasan dan juga dengan saitonnn.

Dalam hidup ini kan memang la tak pernah nak lepas dari sebarang masalah , ya lah kita ni cuma sekadar manusia biasa , bak orang kata standard la kalau ada melakukan kesalahan , tapi kita kena ingat juga yang Allah swt beri kita akal tu , Akal tu lah satu-satunya hadiah yang manusia dapat tetapi bukan makhluk yang lain . Kalau manusia ni takda akal , apa gunanya dijadikan khalifah di muka bumi . Sama saja dengan lembu , kerbau dan binatang-binatang yang lain .

Aku pun tercari-cari juga macam mana nak ubah haluan hidup bagi kurangkan masalah , berjaya dunia akhirat dan yang paling penting mendapat ihsan dan rahmat daripada Allah swt . Tetapi sebenarnya aku rasa semua orang pasti mengetahui caranya , fi sabilillah . Yang tu ja jalan yang ada , yang tepat , yang baik serta memberi kebaikan pada manusia.

Manusia ni sering kalah serta tunduk pada nafsu yang tahu hanyalah bersandiwara tanpa memikirkan Allah yang maha kuasa , bukanlah setakat ni berselindung kesyaitanan diri daripada umat manusia sejagat bermakna kita masih berana berada dalam keadaan tenang .Ada juga yang jenis sekejap baik dan sekejap berubah menjadi ke arah yang lebih negatif . Tak pernah nak beristiqamah diri ini yang mahu tunduk , patuh dan mentaati kemahuan nafsu ke arah perkara yang lagha

Come on , walaupun permulaan kita tak dihiasi dengan kebaikan , keceriaan , kerahmatan tetapi tak bermakna keseluruhan tahun ni kita tidak boleh melakukan kebaikan dang penghijrahan ke arah menjadi insan yangsentiasa berada dalam perlindungan Illahi .

Kita semua melakukan dosa , yang lepas biarlah lepas , pandang ke hadapan dan ciptakan kemaslahatan yang akan memberikan sinar yang nirmala lagi suci kepada diri , keluarga dan masyarakat . Manusia tak pernah terlepas dari godaan syaiton , pandailah kita melawannya . Sedangkan kita mampu melawannya kerana kita merupakan khalifah , ketua di atas muka bumi . Ini amanat Allah bukanlah yang sengaja direkaciptakan .

Nasihat ini sebagai bimbingan pada diri aku teruatamanya dan buat kalian juga di sana . Wallahuaa'lam