Halaman

29 Disember 2015

TITANIUM ON THE GO


TITANIUM , it sounds great . Lets describe about it .

jeng jeng

2014 : Tanggal 5 Mac , Aku didaftarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh di pulau pinang , seberang perai utara . Rasa masa tu sangat teruja sebab masa aku darjah enam buat juga permohonan kemasukan ke sekolah ini tetapi tiada rezeki dan dihantarkan ke smk permatang pasir . Namun aku tetap bersyukur kerana dapat berjumpa denganinsan-insan yang baik . Penghijrahan ke sebuah asrama penuh ni bagi aku lah mungkin sebagai pencetus pemikiran aku yang dari asalnya hanya mahu menjadi orang yang biasa-biasa dengan sikap zuhud tanpa berusaha menjadi yang luar biasa . Lepas Ujian Penilaian 1 2014 , aku dapat pointer 3.4x dan berada pada kedudukan 111/16X . OH aku cakap okay la tuh sekolah asrama penuh kan . Actually pada masa tu aku sedih la sikit sebab selama ni ranking dekat sekolah harian aku TOP20 la juga . Aku pun mula pinjam senarai ranking daripada dormmate , aku perati saja satu-satu nama yang dapat TOP10 , teringin kot nak dapat yang macam tu . Yang peliknya aku nampak top 10 semua kelas TITANIUM , tapi ada juga terselit nama budak baru masuk seorang ( PANDAI NYA , AIMAN TR ) Aku pun mula lah tertanya-tanya , TITANS ni kelas apa , bila survey semua budak baru takda sapa pun yang dapat kelas 4T , oh rupanya kelas tu merupakan kelas yang terpilih daripada ranking top 30 daripada kelas sebelumnya . Aku pada mulanya punya la jenis yang tak berazam kan OH LAWAK LA NAK MASUK KELAS TU NEXT YEAR . Bila tanya balik batchmates , apa pendapat diorang pasal TITAN

" KUBUR "

" SENYAP "

" KAKI STUDY "

" BELAJAR SENDIRI "

"BELAJAR , BELAJAR , BELAJAR"

Aku cakap okay la tuh , sesuai apa dengan tujuan kita nak datang kesekolah , HELLO INGAT NAK MASUK SBP BAYAR FREE JE KE ? Takda maknanya lagi mahal weh , untunglah sikit pada individu yang dapa biasiswa ni . Aku pun mula lah lama kelamaan cari cara nak study dengan betul , rapatkan mesrakan diri dengan guru-guru sekolah tu untuk memudahkan kita nak bertanya jika ada sebarang permasalahan . Sampailah masa suatu kelas BM dekat bilik kuliah , masa tu aku ingat lagi cikgu yang ganti cikgu Suhana sebab dia cuti bersalin , Cikgu Haslida ( BUDAK BAHAS PANGGIL BELIAU MUNSYI BAHASA MELAYU ), Masa tu aku ingat lagi karangan aku yang aku tulis sewaktu PPT 2014 tersangatlah teruk aku rasa . memang teruk gila sebab dengan isi tak hurai , tak sedap . Kemudian Cikgu tu tanya " AA , KAMU RASA KAMU NAK MASUK KELAS MANA TAHUN DEPAN ? " Dengan spontannya aku cakapa " TITAN " OMG malunya aku pi cakap sedangkan pada hakikatnya nak dibandingkan dengan result PPT dengan ranking 69 tu maca EUWW LAYAK KE HAHH . " KAMU BOLEH KALAU KAMU BERUSAHA NAK DAPATKAN BETUL-BETUL" . Mula pada waktu akupun berazam gila , by hook or by crook i must get at least TOP 25 in order to be the one of Titans warrior for the next year .

" YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK , YANG RINGAN TAKKAN DATANG MELAYANG " Prinsip hidup aku satu saja , hang berusaha , hang akan dapat . benda ni dah jadi masa aku tahun PMR dulu , masa trial aku cuma dapat 1A , TERUK GILA sampaikan mak aku pun macam OH MY SON , DAPAT 8A1B masa result PMR . Terkejut la tuh gamaknya . So, aku pun mula belajar stay up sampai ke 3 , 4 pagi - paksa diri memang tersengguk-sengguk dibuatnya mengantuk high level masa exam ( JANGAN BUAT MASA SPM PLS ) , Cuba juga ,memang la sewaktu kita jawab exam macam samar-samar sajakan , tulis saja apa yang ingat -insyaAllah apa yang kita tulis tu akan ada juga dalam skema jawapan

" OH HANG STUDY HARD "

" STUDY GILA-GILA "

Semua actually kita kena ignore sat pekakkan telinga tapi janganlah sampai tak tegur langsung pandai-pandailah kita manage untuk sosial sama kan . Alhamdulillah  la lepas UP2 , aku dapat ranking 16 , sound WOWW tapi sbenarnya alah nama pun UP bukan la ramai sangat pun nak study sungguh-sungguh.Apa yang aku buat lepas UP2 ni lah kena start study dah dari chapter awal tahun yang aku rasa aku kelaut gila tambah pula subjek addmath dengan fizik .Mulalah balik stay up buat perbincangan . Terima kasihlah pada yang sudi ajar aku addmath daripada dulu yang selalu failed ja kan , KAK NAWHEN ( SWAT1014) yang sanggup buat kelas actually untuk budak bahas tapi aku join ja even aku bukan lah budak bahas HHHAHAHAH .

Alhamdulillah lepas habis saja diagnostik dapat result , aku dapat ranking 28 , OH TITAN PERLUKAN 26 , Okay aku masuk Chromium - melepas juga nak masuk kelas 5T untuk next year . Aku pun dah tak pikir semua sebab kami enjoy pergi kem kokurikulum dekat Pengkalan Hulu , wuu best ada hightable .Bila masuk DISEMBER , masa tu aku ada dalam bilik , Tiba- tiba mak panggil " NGAH , RESULT EXAM DAH SAMPAI " Aku pun cepat-cepat ambil dan alhamdulillah ada sedikit perubahan . Yang paling penting aku dapat ranking 21 , yayy welcome to 5T next year (2015)

Tunggulah cerita aku pula untuk jadi titan warrior , sebenarnya tak lah macam apa yang orang cakap pasal kelas TITAN ni , aku rasa sama saja suasa dengan kelas lain , nothing special , kena pressure juga , riuh juga masa prep . tunggulah nanti bye HAHAHAH

CLASS OF 2014 ( 4 ALUMINIUM ) 

1 ulasan:

Unknown berkata...

inspiring throwback