Halaman

14 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H


Hai semua penduduk muka bumi . Petang petang yang bosan jugak macam ni memang elok la nak mencoret sedikit dekat ruangan kanvas aku ni . 

Aku yang buat sendiri tau . lembu tu credit to mr.gugel




Esok raya haji ! Semoga aku diberi waktu untuk menyambut hari yang indah itu . Alangkah mulianya dengan adanya takbir raya . Ohh best nya . tambah tambah aku ni stay kat kampung kan memang terasa laa ke-best-an tu . kau ader ? hehe .

Memang tak lengkaplah sebagai anak kampung atau penduduk kampung kalau takda kenduri korban kan ? Perghh , memeang waktu ni semua zon kritikal sebab ramai yang mula datang pening kepala sebab makan daging banyak sangat la apa la . By The Way , tahun ni famili besar aku ada buat kenduri korban , kalau tak ada aral melintang mungkin raya haji kedua .

Berkenaan dengan ketidakhadiran ke sekolah kann . Aku buat cuti sendiri la . Tak tahu la sama ada nak kena demerit ka kan ? Sebabnya semua warden dah beri amaran untuk mengambil tindakan jika ada pelajar yang ambil cuti sendiri . Come on guys , exam PMR dah habis . kita ni pasca-pmr ja . hehe . ni kalau cikgu aku baca sah kena panggil dengan pengetua ni . Alaah , rrileks cikgu . sepanjang tahun ni , saya tak pernah lagi tak hadir ke sekolah tauu . Ni dah habis exam , bagilah chance kan.

Aku rasa setakat itu sajalah aku sempat mencoret sedikit sebanyak luahan hati . 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT .

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN.

Penat Berceloteh ,
Amirul Ibn Amil   



2 ulasan:

wanariahamiza berkata...

Salam ziarah. Jemput bertandang ke Inspirasi Wanariahamiza.

http://wanariahamiza.blogspot.com/

Amirul Amil berkata...

Thanks . InsyaAllah :)