Halaman

24 Ogos 2012

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum . Apa ni ? Lebih kurang seminggu dah raya , baru hegeh-hegeh nak post tentang raya tahun ini (2012) . Haha , sory la . Aku malas gila nak update kat blog ni . Maklumlah sibuk layan saudara yang datang dari pelusuk bandar sana tu . Sebelum tu , aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali aku termasuk sapa-sapa yang baca atau terbaca post nie yang exclusive dekat blog ja okey .

Macam biasa dah , tiap-tiap tahun aku pagi raya ada dekat Bukit Mertajam , rumah aku dan raya dengan saudara-mara belah ayah aku dulu . Apa macam ? banyak duit raya kau ? Aku dapat sikit saja sebelah ayah aku sebab ramai pak cik dengan mak cik balik rumah pak/mak mentua mereka . Tapi , sekarang ni sudah dapat dah la . Masa awal pagi-pagi tu kan , bersiap diri pakai jubah hitam (Auwww) pergi ziarah kubur tok wan aku . Tolong bersih sekali kan , cabut rumput dan berdoa pada Allah agar dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman . Amin .

Bab lapar dah kembali , asal raya ja kan , mesti akan dengar banyak rumah terbuka . Tapi aku tahun ni makan sikit ja sebab nak kontrol berat badan la nak katakan . Pergi rumah mak cik yang mana masak sedap tu , tak ingat dah aih nak kontrol . habis kuat 2 pinggan ja makan . tak boleh lebih la . Tak mampu nak menampung . Aku pi la jugak terhegeh-hegeh pergi rumah kak Akmar Syazwani. Nah ni gambarnya ..

  

Tiada ulasan: